Monday, 29 October 2012

STERATEGI KECEMERLANGAN SAINS UPSR

OBJECTIVES
Learning about living things             Year 1-3                              
Learning about the world around us
Investigating living things
Investigating force and energy
Investigating materials                          Year 4-6
Investigating the Earth and the Universe
Investigating technology

Penguasaan Kandungan Sukatan Pelajaran
1.0 Konsep/Istilah Sains
CONTOH  :
-bernafas/fotosintesis/respirasi
  (breathing/photosynthesis/respiration)
-pendidihan/penyejatan
  (boiling/evaporation)
-pantulan/pembiasan
  (refllection/refraction)
-legap/lutcahaya/lutsinar
  (opaque/translucent/transparent)
2.0 GAMBARAJAH (DIAGRAM)
CONTOH :
Sistem pernafasan  ( respiratory system  )
Litar elektrik  ( electric circuit )
Radas-radas sains spt tabung uji, bikarkelalang kon
( science appratus eg. Test-tube, beaker, conical flask )

GERAF ( GRAF )
Geraf  paksi x = Pembolehubah Manipulasi ( PM )
What to  change ( WTC )
Paksi y  = Pembolehubah Bergerakbalas  ( PB )
What to Observe ( WTO )

Graf



MENGEKSPERIMEN
menguasai semua kemahiran proses sains
  a  mengenal pembolehubah (variables )
  b  menyatakan tujuan eksperimen    (aim/purpose  )
  c   membuat hipotesis ( hypothesis )
  d   menyatakan pemerhatian ( observation )
  e   membuat inferens ( inference )
  f   menyatakan pola/corak perubahan   (trend/pattern )
  g   membuat ramalan  ( predicting )
  h   membuat kesimpulan ( conclusion )

SOALAN STRUKTUR
2.1   Pokok Soalan
  -  Gambarajah
  -  Jadual
  -  Geraf
  -  Esei / Perbualan
  2.2  Sub Soalan
  -  mengenal pembolehubah
  -  menyatakan tujuan eksperimen
  -  membuat hipotesis /hubungan
  -  membuat pemerhatian/inferens
  -  membuat kesimpulan/rumusan
  -  pola/corak perubahan
  -  meramal/mengaplikasi

  mesti boleh memahami dan mentafsir maklumat dalam
   mesti boleh mengenalpasti keputusan eksperimen

   mesti boleh mengenalpasti


i)With pattern of change
a)Manipulated variables (MV)( what is changed)
b)Responding variables(RV)(what is observed/measured)


a)Pembolehubah Manipulasi ( PM )
i)The temperature of air in X is the
Explain the reason for the observation or the end of the observation.
Make sure the reason is logic.
State another observation to support the inferences
State the evidence for you answer
Write the observation
EgThe plant grow well because the plant get enough water.
         Observation : The plant grow well
          Inference  :  The plant get enough water
          Another observation : Get enough fertilizer
-Jawapan  -  bertambah/meningkat/menaik
-Berkurang/ menurun
-Tetap/sama/mendatar
-Sekata/tidak sekata
-Jawapan hanya untuk RV

            - gambarajah , jadual, geraf
-Pembolehubah  manipulasi
-Pembolehubah bergerakbalas
-Pembolehubah dimalarkan

Data – Tujuan
Untuk menyiasat  hubungan  di antara  PM  dengan  PB.
 Data  -  Hubungan / Hipotesis
 perubahan corak/pola
Bertambah/berkurang PM , bertambah /berkurang PB.
Semakin bertambah bilangan bateri,semakin bertambah cerah nyalaan mentol
Tiada corak/pola
Jika PM, maka PB
Jika tiada air dan udara, maka paku besi tidak akan berkarat
ii) Without pattern of change
     If MV, the RV will ……
    example:
    - If there is no air, the grasshopper will die
Aim/Purpose/objective of experiment
     To investigate the relationship  between MV and RV.
    Examples:
 To investigate the relationship  between the presence of sunlight   and the condition of the plant after one week.
HYPHOTHESIS
    -with the increase/ decrease of MV the RV will increase/decrease.
Example;
    - with the increase of the amount of water used
      to water the plant, number the of the plant’s leaves
      will increase.
To identify the variables
  -factor that we control during an  experiment
     -the observation/result of/after an experiment
c) Constant/Fixed variables
-factors that remain the same  (quantitative or qualitative)  throughtout the experiment.
 -the factors may/can influence the  results of the                 
        experiment; if not  made constant/fixed.
Mengawal Pembolehubah
   Faktor yang berbeza / berubah dari mula
   hingga tamat eksperimen.
b) Pembolehubah Bergerakbalas ( PB )
  Hasil eksperimen.
c) Pembolehubah Dimalarkan.
  Faktor yang tetap di dalam eksperimen.
OBSERVATION
   - Making statement about the RV
   - Describing/comparing the result of  experiment.
Examples:
    highest.
     …………………more than, less than , biggest…….

Pemerhatian
Menerangkan apa yang dilihat setelah tamat
Eksperimen ( Keputusan eksperimen ).
Jika lebih dari satu pemerhatian, buat perbandingan  antara pemerhatian.
Penerangan tentang Pembolehubah Bergerakbalas

INFERENCE (why )
Inferens
Penerangan sebab dari pemerhatian.
Memastikan sebab adalah logik.
Buat pemerhatian yang lain untuk menyokong inferens.
Memberi bukti yang kukuh.
Pastikan anda menulis pemerhatian apabila menjawab soalan inferens.
Contoh : Pokok tumbuh dengan subur kerana mendapat air yang mencukupi.

 PREDICTION
-To calculate/estimate a value of another given number , graph, table, data or statistic
-To state what will happen in future based on the facts/datas given.
MERAMAL
-Menjangka/menganggarkan suatu nilai baru berdasr maklumat yang sedia ada.
-mesti memahami pola maklumat sedia ada
-membuat pengiraan/anggaran
Menggunakan fakta

CONCLUSION
The RV/ WTO increase/decrease,the RV/WTC increase/decrease.

KESIMPULAN ( sudah berlaku )
-ayat pernyataan mengenai konsep sains.
Benda hidup perlukan air,udara dan makanan untuk hidup
-PB apabila PM
Nyalaan mentol bertambah cerah apabila bilangan bateri bertambah

TREND/ PATTERN
-See the number in the table or the difference on the chart
-Answer the question just right -  increase, decrease or constant

POLA/CORAK PERUBAHAN
-boleh menilai perubahan kuantiti atau kualiti



































SAINS KBSR FASA-FASA BULAN


Thursday, 25 October 2012

hormatilah guru


Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.
Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.
Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu."(An-Nisa' :59)
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.
Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.
Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)
Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, "Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku." Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.
Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.
Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diriterhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.
Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk. Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan "engkau" dan"awak".  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata "Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?" dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu 'Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu 'Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu 'Abbas pun menjawab: Jangan.
Begitulah hormatnya ulama' dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.